TIME

Search This Blog

Saturday, June 13, 2009

Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner

CCleaner berfungsi mencari dan membuang temporary file dalam komputer dengan pantas. Ia juga boleh membaiki registry dalam Windows. Jika anda biasa menggunakan 1-Click-Maintenance dari Tune Up Utilities, CCleaner ini sama saja fungsinya, tetapi lebih pantas dan percuma (percuma tu yang penting nye ^^).

Ccleaner

Apakah itu temporary file?

Apabila satu-satu program dijalankan dalam Windows, ia akan menghasilkan fail sementara yang dipanggil temporary file. Namun setelah program ini ditutup, temporary file ini dibiarkan begitu sahaja. Lama-kelamaan temporary file ini semakin banyak dan akan membazirkan ruang di dalam hard disk.

CCleaner juga boleh memadam history bagi Internet Explorer, Firefox, Opera, serta banyak aplikasi lain, termasuklah Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, dan banyak lagi.

Saya lupa di mana sumbernya yang mengatakan, CCleaner hampir mengalahkan Firefox dalam undian software paling berguna… dengan perbezaan satu undi sahaja.

Dapatkan CCleaner di sini.




*thanks to MK

No comments: