TIME

Search This Blog

Friday, July 31, 2009

Windows downloads

Most popular downloadsFor the week ending July 26





Download Here Now..! (free spyware,adware,virus)
  1. Camfrog Video Chat

*for more infomation www.download.com

New Editing (Kelantan)

Pic lame yang aku kutip dari ext hardisk semasa ride ke KELANTAN

Dah xder keje, class balik-balik cancel, aku try la edit picture pape yg patut

nie la hasilnye...

x gempak mane pun..

tp cukup la dengan tahap kemahiran belajar sendiri editing nie...


Wednesday, July 29, 2009

TRANSFORM THE TIME TABLE !!

KALI NIE AKU NAK BAGI TIPS UNTUK TRANSFORMKAN TIME TABLE... !

5 tips untuk mentransform time table class korang

1. Jumpe lecturer suruh tukar class untuk subject yang mengajar
2. Drop jer subject yang korang nak transform
3. Beli MC dari hospital/clinic yang berdekatan
4. Ponteng jer class
5. Berhenti jer study

ORIGINAL TIME TABLE..


TRANSFORM TO..

4 day's cuti la kalau berjaya transform...


*semua tips yang diberi hanya rujukan sahaja, jangan cube meniru.. hahah


Thanks"

Tuesday, July 28, 2009

3 DAY 2 NIGHT

Kurang arif untuk mengarang karangan yang panjang...

3 day 2 night pulang ke kampung untuk menjenguk ATOK ku yang kurang sihat..

Seorang yang banyak ilmu untuk aku pelajari darinya...

Sedikit AL-FATIHAH untuk memberinya kekuatan padanya..

Beberapa picture yang sempat snap semasa perjalanan balik & pulang..


LOMO EDITION


















Thanks,

Monday, July 27, 2009

Kisah Ferarri Vs evo7 and kelisa....!



Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan.........

kelihatan sebuah kelisa putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kelisa tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya
membantu.tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba- tiba datangla sebuah kereta evo7
berhenti di sebelah kelisa tadi.


"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie, saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol" mamat nie bagi idea.
"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"


"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kelisa di depan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun hon dan bagi
high beam la kat mamat tu. Mamat tu pun slowkan balik..


Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan
press minyak kat mamat evo7.apa lagi,jiwa muda patang dicabar,
dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia
dengan kelisa org tua yg diikat kat belakang kereta dia.


Orang tua tu punya la hangin satu badan,dia pun hon dan bagi hi beam
bagai nak rak.Mamat evo7 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.
Kebetulan pilak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.


Vrooommm.... ..bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate
polis nie..
cecah 250kmj memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat
depan supaya saman kereta-kereta yg laju nie...


"Over..over, ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju,sebuah
ferrari, sebuah evo7 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak
percaye punye....... ..sebuah kelisa putih tengah cucuk angin evo7 tu
dan bagi hon dan hi beam nak potong!!!' "



ditulis;
Chipsmunk

Monday, July 20, 2009

1st day Class..





My 1st Day Class


Pukul 10.00 am bagun tido


Gerak BMI awal skit member lame nak jumpe


Breakfast roti canai tampal sudah...!
save skit.

Lepak sambil sumbat ke mulut...

Jam 12.00 gerak ke Class


Tunggu 12.15 lecturer x datang

Dah conform class cancel punye..


Jumpe Lecturer amik attendance


Start EX5 putih gerak balik umah Sewa...


Rest kejab kat umah sewa


Start kete, Gerak Balik Rawang..


Sampai , terus menuju ke bilik..


On Pc Terus on9, 3 hari 0n9...!






*nie la hasil nye on9 tadi..... hahahhahhaha

Wednesday, July 15, 2009

My 1st Lomography Video

My 1st LOMO Video....!


Tak secantik mane pun if nak dibandingkan dgn Lomotion's & Lomokid yang telah lame berkembang di malaysia....!

Setiap snap diorang ader makne tersendiri....!



Just want to try snap untuk dijadikan Lomo Picture


Wait and see my second LOMO Video... hahahha

thanks...!

Sunday, July 12, 2009

THE BEST BABY DANCE

Watching my new video, dancing babies.. hahhaha

The babies dancing with the MJ (Michael Jackson) Song



Copy from youtube.com

My New Mp3 Layannnn....

My Fev Song Untuk Bulan July

Download la bebanyak korang suke... hahahha


Download Here:
Boom_Boom_Pow_-_Black_Eyed_Peas.mp3


Download Here:
soulja_boy_-_kiss_me_through_the_phone_(ft _sammie).mp3


Download Here:
flo rida ft wynter - sugar.mp3

Saturday, July 11, 2009

Youtube Downloader FREE

Bagi Yang Kaki youtube,
korang boleh download software nie untuk simpan video dari youtube,
Software nie dah lama dan ramai yang dah ader...
So aku upload untuk yang x ader lagi software nie...

Software nie ringan jer... 3 megabite..!
No Virus, adware, Spam, H1N1... hahhahaha

Software nie juga boleh convert video korang dari flv format ker format video yang lain...

Copy url dari youtube dan pastekan sahaja... Lebih Mudah Dari Memasak mee segera..!


2 dalam 1 - Download & Converter



Screenshot




Download Here:youtubedownloader.exe


Thanks..

Friday, July 10, 2009

Kisah Penjual Telur




Penjual Telur Di sebuah pasar di ibu kota,


Pembeli: "Dik, telur sekilo berapa?"

Penjual: "Telur ayam atau telur itik?"

Pembeli: "Telur ayam."

Penjual: "Telur ayam biasa atau ayam kampung?"

Pembeli: "Ayam biasa."

Penjual: "Yang tempatan atau yang import?"

Pembeli: "Yang tempatan."

Penjual: "Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?"

Pembeli: "Yang Ipoh lah..." (Sambil terlihat kesal).

Penjual: "Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?"

Pembeli: "Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?"

Penjual: "Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pembeli sampai dia datang.


* klau nak beli telur tanye penjualnya dahulu, encik jual telur nie ??


hahahahha..... thanks

Thursday, July 9, 2009

Daytona USA (arcade game)



Demam arcade game kembali......... arggg,
habis duit loan aku, nak tampung arcade game...!
Member2 punye hasutan la nie...
Ian/Fhad , name besar yg menghasut aku, korang x per byk duit... haha
Nasib Rm 16.00 token , kalau Rm 30.00 x botak kelapa ??
Tue x penting yang penting smalam kiter tapau Alamanda.. hahahha

So kali nie aku nak bg info skit pasal Daytona USA arcade game:

Arcade Game nie telah dicipta oleh SEGA yang berpangkalan di USA pada tahun 1994..

Mempunyai 3 track yang berbeza dan dikontrol secara automatik atau manual..



Track

Beginner - Three Seven Speedway

  • Course Type: Speedway
  • Number of laps: 8 / 20 / 80 (Standard / Grand Prix / Endurance mode)
  • Number of Cars: 40
  • Course BGM: 'The King Of Speed' (alternate theme: 'Pounding Pavement')
  • Skill Level: Beginner

Advanced - Dinosaur Canyon

  • Course type: Road course
  • Number of laps: 4 / 10 / 40 (Standard / Grand Prix / Endurance mode)
  • Number of Cars: 20
  • Course BGM: 'Let's Go Away'
  • Skill Level: Advanced

Expert - Seaside Street Galaxy

  • Course type: Street circuit
  • Number of laps: 2 / 5 / 20 (Standard / Grand Prix / Endurance mode)
  • Number of Cars: 30
  • Course BGM: 'Sky High'
  • Skill Level: Expert



RATE:
2 token 1 game
1 token 50 cens



*Just for Watching:



Power siot budak nie.... hahahahhahaha

Monday, July 6, 2009

Harry Potter and the Half-Blood Prince (2009)



The another 1 movie yang wajib untuk ditonton.....!!


Preview skit...!

HARRY POTTER AND THE HALF-BLOOD PRINCE™,
Bermulalah tahun keenamnya di Hogwarts,
Lord Voldermort mencetuskan huru-hara sepanjang Britain, . Menggunakan satu buku Potions lama yang sebelum ini kepunyaan “Bersaudara Tiri Prince”, Harry adalah berupaya mempertingkatkan ilmu magiknya dan bersedia untuk pertempuran. Pertama bagaimanapun, dia harus membantu Dumbledore menemui rahsia untuk pencarian Voldermort untuk keabadian - lokasi dia Horcruxes. Tetapi pencarian untuk Horcruxes dan mengakibatkan pertempuran, Saksikan sambungannya di cinema yang terdekat dengan bilik anda.. hahha





Release Date 16 July 2009
Language English
Classification N/A
Running Time N/A
Director David Yates
Cast Daniel Radcliffe, Rupert Grint, Emma Watson.



*






Sunday, July 5, 2009

GOM Media Player

Assalamulikum...



Kali nie aku nak belanje satu sofware video & audio yang tidak kurang hebatnya...!!

Disediakan untuk yang x ader lagi player untuk pc dan sesiapa nak update untuk new version GOM Media Player

Sofware nie yang boleh memainkan banyak format video serta audio seperti AVI, DAT, MPEG, DivX, XviD, WMV, ASF termasuk FLV untuk video yang download dari youtube.com dan sebagainya..

  • Version 2.1.18.4762 (new)
  • Operating Systems:

    Windows Vista, Windows 2000, Windows XP

  • Free Sofware (nak download 10 installer pun x per)
Download Here:
GOMPLAYERENSETUP.EXE



Thanks....~

Renungan Dan Pengajaran !!

Assalamualaikum...



Hanya Sekadar Renungan....

Kubur Setiap Hari Menyeru Manusia Sebanyak Lima (5) Kali ...

1. Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
2. Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
4. Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
'Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah', supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima Jenis Racun dan Lima Penawarnya ......

1. Dunia itu racun,zuhud itu ubatnya.
2. Harta itu racun,zakat itu ubatnya.
3. Perkataan yang sia-sia itu racun,zikir itu ubatnya.
4. Seluruh umur itu racun,taat itu ubatnya.
5. Seluruh tahun itu racun,Ramadhan itu ubatnya.



(Kirimkan Untuk Rakan-Rakan Muslim Anda Yang Lain Sebagai Tanda Sahabatnya Sedang Mengingatinya ...)


Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

Ada 4 di pandang sebagai ibu ', iaitu :

1. Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
2. Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
3. Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
4. Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.

Berpesan-pesanlah kepada kebenaran dan kesabaran.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :

Orang Yang Tidak Melakukan Solat:

Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya

Wassalam.

*petikan dicopy untuk dikongsi bersama ~

Saturday, July 4, 2009

Vote For Michael Jackson




Patutkah Raja Pop Dunia yang diagung-agungkan di kebumikan cara Islam ??

Sila Vote dan Comment Untuk Dibincangkan !!

Islam Itu Universal ?



Friday, July 3, 2009

ASAL USUL HARI IBU

Sejarah hari ibu telah dikenal pasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa A.S atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Jadi, apakah hukumnya kita sebagai umat islam menyambut Hari Ibu ni? Hari Bapa pula, bagaimana??


*artical ini dipetik dan dicopy....
*sebarang keraguan tentang artical boleh difikir sendiri...
*mungkin hari ibu anda disambut setiap hari ????




MY MOTHER.... LOVE YOU SO MUCH !

Wednesday, July 1, 2009

Spyware Terminator ???

Assalamulaikum......

Pc koarang ader masaalah Virus ? Spyware ? Adware ? Trojans ? Keyloggers ? H1N1 ?

Kalau dah berjangkit tue cepat2 la merawat sebelum terlambat... klau korang biar jugak kemungkinan pc korang boleh digondam, terutama yang slalu membeli secara online, numb credit card mungkin di gondam. Silap-silap cukup bulan bil credit card datang umah terkejut dengan bil yang mengila... huhuuuuuuuuu !

Seperti biasa , ari nie aku nak belanje korang satu software yang x kurang hebatnya, nama nya spyware terminator.. software nie dapat mengimbas mendealah yang aku sebut tadi kecuali H1n1... hahaha.. yang penting software nie Free.. So boleh try la download byk2... haha..! Aku da try software nie so far ok jer, sofware nie da dpt menangkap problem kat pc aku yang telah lame menyelinap... Aku sertakan link untuk korang download...

SpywareTerminatorSetup.exe

Screen Shoot skit


Antara Muka Spyware Terminator (Kualiti gambar kurang enak !! aduhh)

4 benda jahat dikesan (kualiti gambar kurang jugak.. sorry2)


Selamat Mencuba, Thanks dude