TIME

Search This Blog

Tuesday, June 30, 2009

Wireless Router For Your Home



Assalamulikum...

Lowyat la sasaran aku kali nie.... hahahah

Wireless Router yang dicari....!!
Sampai pening dibuatnye, kedai lain cite lain, kedai nie cite lain... yang mane satu betul ??

Masaalah Coverage ?? Data Speed ?? Download ? Harga ? Brand ?

Kali nie aku nak Share skit dgn korang tentang Wireless Router !!


Terbahagi ker pada 3 jenis

Wireless B Router
Router nie yang paling murah, around rm50-100. Coverage dia pun x jauh dalam 50 meter untuk tempat yang open, kalau ader halangan (dinding) kurang la skit coverage dia.. untuk basic internet , ader security connection, ader 4 port utk LAN cabel (ikut model)... speed 54Mbps

Wireless G Router
Router nie pertengahan, harga around rm100-170 ikut model, Coverage dalam 100 meter untuk tempat open and klau ader halangan kurang skit.. nie pun untuk basic internet, ader security connection..... speed 54Mbps

Wireless N Router
Router nie mahal skit, around rm 180-300 ikut model.. coverage 300 meter untuk tempat open, boleh sharing untuk streaming video, multiplayer games, video monitoring.. nie klau letak kat rumah boleh dikategorikan smart house (tp byk pakai modal) speed aroud 100 Mbps


Wireless N+ Router
Same mcm kat atas, cube da di upgared dengan speed yang menggila coverage yang jauh sehingga 300 meter, boleh sambung dengan wireless printer, webcam or gaming.. Harga around rm 350.00-500.00. Ikut model



Note:
Bagi sesiapa yang nk Pasang Router kat rumah, aku rakemen kan Wireless G Router, sebab murah dan coverage dia pun ngam2 untuk sebijik rumah, ader jugak security connection untuk melindungi line korang dari diceroboh.. dan lagi satu sebabnya, aku pun pakai wireless G router D-link.

Perkhidmatan:

Aku jugak ader membuat perkhidmatan memasang wireless Router di rumah,
kedai, pejabat..
Wireless Router + Pemasangan , Harga boleh dirunding...!

Untuk Pertanyaan E-mail yelozero@gmail.com thanks




Monday, June 29, 2009

SEHARIAN DI BANDAR KERAJAAN


Lepas lepak mamak pekena air 3 layer (x sedap arg Fhad)
Photoshoot la pulak.. hahha

Location: Tasik Putrajaya






Cayok-cayok.... boleh jadi model la.. hahahhahahha

Capture by ah ian
Idea by Fhad
Model by Aku


AKU SEBENARNYA X PANDAI BERCERITA, KARANGAN KAT SEKOLAH PUN AKU TIRU NIE PULAK NAK CERITA TENTANG AKU....

TGK GAMBAR DA LA ......

THANKS.....

Note*JOm Repeat DAYTONA arg..... x puas ati la

Sunday, June 28, 2009

Akal Vs Nafsu




Dalam sebuah kitab karangan 'Ustman bin Hasan bin Ahmad Asy-Syaakir Alkhaubawiyi, seorang ulama yang hidup dalam abad ke XIII Hijrah, menerangkan bahawa sesungguhnya Allah S.W.T telah menciptakan akal, maka Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud : "Wahai akal mengadaplah engkau." Maka akal pun mengadap kehadapan Allah S.W.T., kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal berbaliklah engkau!", lalu akal pun berbalik.
Kemudian Allah S.W.T. berfirman lagi yang bermaksud : "Wahai akal! Siapakah aku?". Lalu akal pun berkata, "Engkau adalah Tuhan yang menciptakan aku dan aku adalah hamba-Mu yang daif dan lemah."

Lalu Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Wahai akal tidak Ku-ciptakan makhluk yang lebih mulia daripada engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menciptakan nafsu, dan berfirman kepadanya yang bermaksud : "Wahai nafsu, mengadaplah kamu!". Nafsu tidak menjawab sebaliknya mendiamkan diri. Kemudian Allah S.W.T berfirman lagi yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku, dan Engkau adalah Engkau."
Setelah itu Allah S.W.T menyiksanya dengan neraka jahim selama 100 tahun, dan kemudian mengeluarkannya. Kemudian Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Lalu nafsu berkata, "Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau."

Lalu Allah S.W.T menyiksa nafsu itu dalam neraka Juu' selama 100 tahun. Setelah dikeluarkan maka Allah S.W.T berfirman yang bermaksud : "Siapakah engkau dan siapakah Aku?". Akhirnya nafsu mengakui dengan berkata, " Aku adalah hamba-Mu dan Kamu adalah tuhanku."
Dalam kitab tersebut juga diterangkan bahawa dengan sebab itulah maka Allah S.W.T mewajibkan puasa.
Dalam kisah ini dapatlah kita mengetahui bahawa nafsu itu adalah sangat jahat oleh itu hendaklah kita mengawal nafsu itu, jangan biarkan nafsu itu mengawal kita, sebab kalau dia yang mengawal kita maka kita akan menjadi musnah.


*kita hamba lemah yang selalu kalah dengan nafsu.. akal sepatut digunakan untuk menundukan kan nafsu, tapi kita selalu menggunakan akal untuk nafsu..!!

Wednesday, June 24, 2009

Transfomer Menguasai Malaysia

Di sebabkan Autobots dan Evil Decepticons telah menyerang Malaysia so aku terpaksa overnight kat mamak(putrajaya) dan seterusnya ke CC (wlaupun on9 hari2 kat umah) untuk menunggu waktu cerah untuk pulang ke rumah.... aduhhhhh. Walaupun terpaksa overnight sampai mate aku sakit, transfomer memang x rugi untuk di tonton.. x puas lagi, ingat nk repeat kat IMax(The Times) biar kali nie autobots or decepticons keluar dari skrin..hahahhh Mikaela(Megan fox) u are so hot (robots pun suke kat ko la)..x tido malam aku dibuatnye...! So sape x tgk lagi pegi la cari2 tiket, mybe week nie full. Next week mybe ok. That all about my celoteh pagi nie yang x der keje lepak cc untuk membuang masa yang berharga..

So enjoy ur movie !! daaaaa





ohooo... Mikaela(Megan fox) in Transfomer

Monday, June 22, 2009

Part Time !!


PENAT !!!


Tue jer yang boleh aku ungkapkan setelah 2 hari bertungkus lumus mancari rezeki untuk membayar bil yang tertungak sedikit simpanan masa hadapan. Walaupun penat aku puas dengan hasil kerja yang telah aku lakukan dengan bantuan sedikit pengalaman yang ada. Aku merasa pengalaman yang paling utama berbanding dengan segulung ijazah, diploma , sijil yang hanya sekeping kertas yang diprint menggunakan printer lazerjet...hahhaha


Bila apply job company nak kertas or pengalaman or kertas + pengalaman ????





*copy from other people
*thanks.....

Sunday, June 21, 2009

TRANSFORMERS: REVENGE OF THE FALLEN

Mesti Tonton.... !!!

Sambungan peperangan robot antara Autobots dan Evil Decepticons, Banyak robot baru yang akan ditransform oleh Michael Bay’s... hahhaa.. Diselitkan kan pulak dengan awek cun yang aku minat Mikaela member kepada Sam, kawan Autobots.. Grafik tip-top kalau tgk kat cinema biase pun ok jgk (gsc,tgv) or kalau nk gempak lagi tgk la kat IMax (The Times) silap tgk transfomer keluar dari screen.. So enjoy you movie..!

Gsc Cinema

Release Date 24 June 2009
Language English
Subtitle Malay, Chinese.
Classification PG13
Running Time 2 hours 24 minutes
Director Micheal Bay
Cast Shia LaBeouf, Megan Fox.




Friday, June 19, 2009

iPhone OS 3.0 Software Update

Berita gembira bagi pengguna IPhone or IPod Touch yang OS 3.0 software dah keluar..! yeaha

Sebelum Update OS 3.0 software, iTunes kene update ke 8.2 dahulu.

Antara beberape aplication yang menarik dalam OS 3.0

1. MMS Funtion (sebelum nie x der langsung)

2. Cut, Paste , Copy Funtion (boleh copy mengopy arg lepas nie)

3. Calender yang warna warni... (colourful la kalender )

4. Voice Memo (Memo Bercakap)

5. Shake to Shuffle (goyang gerudi hahahha)

6. malas nak taip (more funtion tgk kat website www.apple.com )










Wednesday, June 17, 2009

Download Apple iTunes 8.2

Assalamualaikum...

Bagi korang yang gemar akan music or video, setiap kali bukak laptop or pc jer mesti bukak player untuk play kan lagu/video kegemaran korang.. disini aku ader rekemen player untuk korang.. player nie x la susah nak contol dan antaramuka yang seakan apple pun laptop or pc, korang boleh kontrol lagu berpandukan gambar album ynag korang suke...lagi satu player nie tak makan processor or ram korang banyak sangat... so boleh la nak main game or buat keje sambil dengar mp3/mp4, melainkan processor korang intel Quad lain la....

Aku da try player nie.. so terpulang pada korang nak try ker x, yang penting player nie free.

thanks.......

Download Here : http://www.apple.com/itunes/download/




*korang boleh letak cover album lagu.... (gambar sendiri pun boleh letak)
*slide ke tepi untuk next album... (senang kan heheehhe)



* Full Screen Player....



*1 bilion aplication bagi pengguna iPod touch & iPhone



* Mau beli lagu pun boleh... (Credit card jer, no cash money)

Monday, June 15, 2009

Just Try Kawan... !




1. Picture nie tiada motif atau tajuk dan cerita
2. Pembikinan mengambil 40 min no rest
3. Walaupun x secantik expert editing tapi aku puas (explore sendiri)
4. Ader kecatatan sila Comment (thanks sapo commnet)
5. Korang rase x ok, aku x kisah... (bukan bidang aku editing nie)


thanks you...!

Sunday, June 14, 2009

RIDE 2 KELANTAN

DARI KL KE KELANTAN (KOTA BAHRU)

Cuti yang penuh dengan activiti jalan-jalan dan berehat... Perjalan dari kl ke Kota Bahru lebih kurang 5 hour agak kematu duduk dalam kate.. Jalan sesak mybe ramai yang pergi bercuti or balik kampung sempena cuti sekolah.. Hotel jgn cakap la... full ( ader yang tido kat lobi ) nk tolong x boleh ,kang nak tido mane aku... Destinasi pertama... Pantai Tasik Puteri.. Pantai yang bahaya untuk mandi dan elok untuk melepak sambil makan serta merehatkan minda...mungkin ini destinasi wajib yang nak ke kota bahru .....arhhhhh.. aku nak rehat jab...




*capture by adik aku..... thanks



*budak-budak nie tgh sembang pasal upin & ipin, dia kate tgk kat youtube



*adik aku dengan layang-layang altromen nya.... siap nak keluarkan power



* happy family thanks 2 all (may Allah bless u)

Saturday, June 13, 2009

Bersihkan PC Anda Dengan CCleaner

CCleaner berfungsi mencari dan membuang temporary file dalam komputer dengan pantas. Ia juga boleh membaiki registry dalam Windows. Jika anda biasa menggunakan 1-Click-Maintenance dari Tune Up Utilities, CCleaner ini sama saja fungsinya, tetapi lebih pantas dan percuma (percuma tu yang penting nye ^^).

Ccleaner

Apakah itu temporary file?

Apabila satu-satu program dijalankan dalam Windows, ia akan menghasilkan fail sementara yang dipanggil temporary file. Namun setelah program ini ditutup, temporary file ini dibiarkan begitu sahaja. Lama-kelamaan temporary file ini semakin banyak dan akan membazirkan ruang di dalam hard disk.

CCleaner juga boleh memadam history bagi Internet Explorer, Firefox, Opera, serta banyak aplikasi lain, termasuklah Media Player, eMule, Kazaa, Google Toolbar, dan banyak lagi.

Saya lupa di mana sumbernya yang mengatakan, CCleaner hampir mengalahkan Firefox dalam undian software paling berguna… dengan perbezaan satu undi sahaja.

Dapatkan CCleaner di sini.




*thanks to MK

Antivirus Free

Ninja Pendisk Antivirus


Bila lihat logo ninja pendisk av ni pun saya dah tertarik. Ninja ketot, tapi garang!
Ninja pendisk ialah program antivirus percuma untuk menghalang kemasukan virus dari pendrive USB. (sebab tu ketot kot)

Kelebihan antivirus ini ialah:

1. Dapat menghalang kemasukan virus dari pendrive secara automatik
(biasanya virus menjalankan fungsi file "autorun.inf" atau "ctfmon.exe".

2. Saiz file yang kecil (tidak sampai 1 MB pun).

3. Tidak perlu install.



Saya terangkan langkah penggunaannya seperti di bawah:

1. download file ninja pendisk dari sini(1) atau sini(2).

2. double klik file ninja.exe

3. Program terus dijalankan dan anda akan nampak logo ninja pendisk di system tray desktop anda.

4. Right Click mouse anda dan pilih "Add to startup".

5. Program ninja pendisk akan sentiasa dijalankan setiap kali anda buka komputer anda.

Saya telah melihat keberkesanannya di sebuah laptop di pejabat. Harap ia juga bermanfaat untuk anda.


Download here: Ninja Pendisk.exe







* Rujukan: www.sembangkomputer.com (Terima kasih saudara SufianPC)

Thursday, June 4, 2009

Jangan Mengeluh Kawan..

Kita selalu bertanya...dan Al-Quran sudah menjawabnya...
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan,"Kami telah beriman."("I am full of faith to Allah")sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB:
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya,"
-Surah Al-Baqarah ayat 286
________________________________________

KITA BERTANYA: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB:
"Jgnlah kamu bersikap lemah. dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
-Surah Al-Imran ayat 139
________________________________________

KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan dengan jalan sabar dan mengerjakan sembhyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk."
-Surah Al-Baqarah ayat 45
________________________________________

KITA BERTANYA: APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB:
"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min,diri,harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka... ?
-Surah At-Taubat ayat 111
________________________________________

KITA BERTANYA: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB:
'Cukuplah Allah bagiku,tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
-Surah At-Taubat ayat 129
________________________________________

KITA BERKATA: AKU TAK DAPAT TAHAN!!!!!!

QURAN MENJAWAB:
"......dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
-Surah Yusuf ayat 12





*artical ini dicopy dan dipastekan untuk renungan .....hehehehe !!